Bahasa Melayu

SELAMAT DATANG KE INTAI INTAI

Sejarah kegemilangan Intai Intai kepada yang mengenali bermula pada sekitar tahun 2010, yang diasaskan oleh En. BAHA yang dulu terletak di lingkaran MRR2 Ampang. Alhamdulillah pada tarikh 18.06.2019, kami telah membuka pintu Intai Intai semula dengan nafas yang baru di Bukit Bintang lokasi segitiga emas khas untuk semua warga dan juga pengunjung Bandaraya Kuala Lumpur. Aneka masakan melayu dan thai, kegemaran rakyat Malaysia boleh didapati di sini. Anda boleh menjamu selera atau membawa pulang juadah makanan pagi, tengahari, petang dan juga malam dengan harga yang berpatutan.

SEMPENA HARI MALAYSIA, INTAI INTAI BUKIT BINTANG AKAN DITUTUP BERMULA DARI HARI AHAD 15-09-2019 DAN ISNIN 16-09-2019. JUMPA KAMI LAGI PADA HARI SELASA 16-09-2019

Table Reservations Open 10am-12pm

Permandangan Intai Intai dari luar

Ruang makan Intai Intai separuh terbuka

Ruang makan berhawa dingin Intai Intai

Kami juga menerima tempahan acara makan tengahari/malam untuk corporate dan juga perkumpulan ‘ private dining ‘.

MENU

  • Sarapan pagi : nasi lemak, soto ayam, mee/nasi/maggie goreng, set roti bakar bersama telur separuh masak dan aneka kuih-muih.
  • Makan tengahari : nasi kukus berlauk, mee/bihun celup Sungai Golok, nasi ayam Hainan stim/roasted, nasi campur dan pelbagai gorengan ala carte.
  • Hidangan malam : aneka menu Ala-Carte popular gorengan Melayu-Thai antaranya adalah tom yam seafood, paprik, ayam/daging/seafood kunyit, ikan siakap stim limau/tiga rasa/harimau menangis dan pelbagai lagi.
  • Pelbagai menu-menu kegemaran anda akan ditambah lagi dari masa ke semasa.

MASAKAN KAMI AGAK PEDAS, KEPADA YANG MAHU KURANG PEDAS. SILA SAMPAIKAN PADA PELAYAN KAMI SEMASA MEMBUAT PESANAN. TERIMA KASIH

WAKTU OPERASI

Setiap hari dari jam 10pagi – 12.00 malam, tempahan akhir: 11.30 malam.   

CARA BAYARAN

Buat masa ini hanya bayaran tunai sahaja diterima

Jemputlah ke Intai Intai kami dan nikmati juadah yang kami sediakan untuk anda. #takadayangtaksedap

WASSALAM